November 26, 2010

dia menggoda saya lagi!

saya pernah terbaca suatu artikel yang mencirikan 10 sifat seorang suami yang baik. jika seorang lelaki mempunyai 8 sahaja di antara 10 ciri itu sudah dikira cukup sebagai seorang calon suami yang baik. okay! ini adalah 10 ciri suami yang baik-baik. untuk wanita di luar sana baca elokelok ya,

10 CIRI SUAMI YANG BAIK

 1.     Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2.     Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3.     Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4.     Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5.     Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.     Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7.     Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8.     Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9.     Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10.   Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

dan anda tahu, pertama kali 'dia' menggoda saya dengan ciri pertama. 
pada angka 2, 3, 4, 7, 8, 10 itulah dia yang saya kenal. 
hari ini sahaja dia sudah menggoda saya lagi, dengan sifat yang pertama itu!
'dia' betulbetul buat saya tergoda dengannya!
kalau boley saya mahu meminangnya menjadi suami saya.
tak salah, kan?

No comments:

Post a Comment