secara jujurnya aku memang tak pernah merasai apa yang orang selalu sebut tentang COUPLE.
cinta aku tak pernah berbalas. (sob3!!~)
dan ini adalah hakikat diri aku tentang cinta. situasai aku tentang cinta.
- tak pernah terpikir pun tentang cinta.
- takmau bercinta.
- macam best jek bercinta.
dalam situasi yang pertama, memang aku tak pernah pun terpikir tentang cinta. aku ada family yang sangat supportive. keluarga yang sangat memahami. dan suasana 'tak kisah' abah Daim dan emak Sulasih membuatkan aku tak pernah rasa sunyi. abah Daim dan emak Sulasih nih sangat baik. aku boley ajak je nak pegi manamana. misalnya macam ni,
"abah, jom pegi *legaran seget," "mak, teman pegi *angsana jap. nak beli baju," "abah, kfc jom!"
itu antara ayatayat menggoda aku untuk abah Daim dan emak Sulasih. dan semuanya Alhamdulillah kalau takde halangan akan tertunai. abah Daim nih jugak sangat suka melancong. setakat umur aku 12 tahun boley dikatakan sebahagian Malaysia nih aku dah pergi. yang belum cuma Kelantan, Perlis, Sarawak, Sabah. (Sabah nih dalam perancangan). aktiviti melancong terhenti bila abang Iqbal mula masuk universiti. masa nih ekonomi abah Daim terpaksa tertumpu pada abang Iqbal.
so, konklusinya aku senang dengan keluarga aku sampai aku tak pernah terfikir pun untuk mencari 'seseorang'. sebab aku dah ada lebih dari seorang. =)
selain daripada keluarga aku jugak ada kawankawan. kawan yang sangat baik menagajak aku berjalanjalan. (cehh!!~). okay! kawankawan yang ada di sekeliling aku jugak kadangkadang membuatkan aku terlupa tentang cinta. kawankawan aku nih la yang membuatkan aku senyum sentiasa. terima kasih ye kawankawan!
dalam situasi yang kedua pula. selalunya aku akan cakap macam nih,
"nasib baiklah aku tak couple," "takde pakwe pun takpe,"
situasi macam nih berlaku bila aku nampak ada couple yang GADOH. dulu adeganadegan gadoh nih aku selalu tengok dalam kelas. betul! tak tipu. tu yang membuatkan kadangkadang aku fikir, 'takyah la couplecouple nih,' 'menyusahkan jek couplecouple nih,'
situasi yang ketiga berlaku bila adanya adeganadegan yang romantis. tapi nih selalunya dalam kisah cinta yang aku baca. HAHAH. tapi itu yang membuatkan aku terfikir, 'kan best kalau ada pakwe'.
tapi pemikiran seperti itu takkan bertahan lama sebab aku akan lupa lepas tu.
kesimpulan daripada situasisituasi di atas, aku tak tawu sampai bila aku akan katakan TIDAK PADA LELAKI.
*legeran seget merupakan satu nama temapat di bahagian bandar Johor Bahru yang mana adanya tempat makanmakan, lepas tu akan ada macam pemuzik jalanan, lepas tu ada macammacam. hanya beroperasi dengan aktif pada waktu tengah malam. pukul 10 ke atas. biasanya tempat lepaklepak.
*angsana merupakan sebuah pusat membeli belah.
No comments:
Post a Comment