November 28, 2010

abah yang saya sayang.

ini abah saya.hensem segak?

saya cuma mahu katakan.

"selamat hari lahir abah! selamat menjadi Daim Hj Mohd Syarif yang ke-62. terima kasih atas segalanya,"

***

anda tahu, jasa abah pada saya terlalu banyak. jika dikira pada usia saya yang telah mencecah 21 tahun 7 bulan 3 minggu. jasa abah lebih banyak daripada itu.

salah satu yang terkesan dalam hidup saya adalah tentang lesen.
mungkin bagi sesetengah orang, perkara biasa jika remaja seusia saya sudah mempunyai lesen, apatah lagi jika mendapat lesen pada usia seawal belasan tahun. tapi, ini bukan suatu perkara yang biasa bagi saya.

anda tahu, setahun saya memegang lesen L, 2 tahun dengan lesen P, dan sekarang sudah lebih 2 tahun memegang lesen 'besar' saya masih tidak tahu harga sebenar lesenlesen itu.

segalanya abah yang atur.
dan bila saya tanya, "berapa semua, abah?"
abah hanya akan jawab, "seribu jugak habis tuk motor dengan kereta,"
dan sampai sekarang saya tak tahu, sama ada lebih dari seribu atau kurang. dengan kata mudah, saya tak tahu pun harganya! yang saya tahu saya sudah ada sekeping 'lesen'.

masa renew P ke lesen besar, lagilah agak terkejut. sebab abah renew kan untuk 5 tahun terus!

dan lesen itu membawa makna yang besar dalam hidup saya. 
bagi mereka yang sudah mempunyai lesen, anda tahulah nikmatnya, kan?

dan ini adalah secebis jasa abah pada saya, banyak lagi yang tak dapat dihuraikan. terima kasih abah!

saya sayang abah saya!







No comments:

Post a Comment