January 23, 2012

.Exam + Ujian.

exam . . .

minggu lepas aku baru habis exam . exam yang terbaik rasanya aku penah buat . [gelak sengih].

exam yang kali nih betul-betul aku serahkan bulat padaNya , dan insyaAllah dengan usaha aku . dulu , tiap kali exam aku tawu , aku takde kepakaran ' menggoreng ' dan sebab tuh segigih mana pun aku ' goreng ' , result aku dan tu jek . tapi , kali nih dengan gigih aku ' goreng ' aku serahkan bulat padaNya . kalau ada rezeki ada laaa , kalau masih takat tu , mungkin Allah nak uji aku lagi , setakat mana aku tabah . sebab walaupun aku rasa dah  bertabah hampir dua tahun , tapi mungkin masih belum cukup untuk aku jadi hambaNya yang betul baik . aku masih di simpang yang jauh untuk itu . ya Allah , mohon ampunkan aku .!

ujian . . .

ujian itu datang lagi . cuba menghempap aku sehingga betul jadi penyek agaknya . ujian yang datang , sekali lagi aku kalut . dan sekali lagi aku bertindak tanpa berfikir . macam biasa , lima minit . lima minit lepas dalam keadaan kalut , baru aku tenang . dan Allah bagi aku ilham . terima kasih untuk ketenangan yang KAU tiupkan di atas kekalutan itu . Alhamdulillah . tapi , aku redha . aku redha andai tahun ini bukan rezeki untuk aku , menggenggam segulung ijazah . aku redha andai tahun ini bukan rezeki aku untuk sama - sama tersenyum puas dengan kawan yang lain . aku redha andai tahun ini bukan laaa tahun untuk aku bergelar graduan . aku redha untuk menerima apa sahaja komen , kritikan , atau apa sahaja dari sesiapa . aku redha atas takdir itu . sebab aku dah sehabis baik untuk menjadikan tahun ini tahun yang terbaik untuk aku . 


exam dan ujian itu sama bersaing menjadikan aku manusia tabah . ya Allah kuat kan aku sekuat Yusuf , Nuh , Ibrahim , Muhammad , dan semua nabi - nabi yang lebih dulu merasakan manisnya ujianMu . ya Allah jadikan aku manusia sekuat nabi - nabi Mu .

No comments:

Post a Comment