seorang lelaki Melayu dari Pulau Belitong , Sumatera Selatan , Indonesia . He's impressive . sangat menganggumkan . sekali lagi aku tertegun dengan seseorang yang mampu mencerahkan aku hanya dengan novel .
tak berlebih rasanya kalau aku nak angkat dye sebagai salah seorang motivator terbaik aku . bermula dengan novel Laskar Pelangi , yang menceritakan peritnya orang miskin di salah sebuah pulau terkaya di Indonesia yang cuba mengejar ilmu . walaupun pemilik tanah pulau terkaya , tapi mereka tak mampu meraih kekayaan itu apatah lagi untuk ilmu . kesian . tapi novel itu hanya membuat aku terkagum dengan kebijaksanaan manusia kecil yang luar biasa bijak dan mengharukan apabila terpaksa berhenti sekolah hanya kerana tuntutan hidup . bijaksana yang tertindas mungkin . kerana hidup .
sang pemimpi , yang membuktikan mimpi bukan hanya sekadar mimpi . dengan mimpi , manusia biasa mampu menjadi manusia yang hebat . siapa sangka seorang lelaki Melayu , kaum minoriti di Indonesia , dengan keterbatasan duit , mampu menyara diri sendiri , sehingga mampu bergelar mahasiswa tanpa sesen pun duit daripada sesiapa . hebat .!
lagi hebat , bila mimpi - mimpi yang selalu dipercayainya mampu membawanya sehingga ke Eropah . mimpi - mimpi zaman kecil menjelajah dari Eropah ke Afrika , dengan keterbatasan duit juga , mampu dilakukannya . tak kisah laaa kena makan daun , kena rompak , tumpang kenderaan tah pape . yang penting mimpi itu terlaksana . Enderson , membuktikan liku hidup seseorang takkan pernah mudah , cuma mimpi yang mampu buatkan mereka bertahan .

dan , Maryamah Karpov . seindah nama . begitu laaa seindah bahasanya . tapi , bagi aku dalam novel nih , biasa jek . cuma cukup untuk membuatkan sesiapa yang punya hati terkesan untuk memahami maksud tersirat . mimpi . tentunya tentang mimpi lagi . bila betul kita inginkan sesuatu sesusah manapun akan tetap ditempuh .!
dengan Andrea baru aku mengerti tentang arah hidup , aku faham untuk mengatur hidup , dan hidup bukan hanya setakat let it flow . hidup lebih dari itu . mimpi laaa , rancang hidup kita , dan tentukan mana yang terbaik .! jangan biarkan nasib mendahului takdir .!

Andrea Hirata , meski nama tak mencerminkan Melayu , kerana sejarah tertentu , berjaya mencerakah aku untuk merancang hidup , melalui kisah hidup reaitinya yang diramu dengan imaginasi yang baik .
bermimpi lah kerana Tuhan akan memeluk mimpi - mimpi itu .!
bermimpi lah kerana Tuhan akan memeluk mimpi - mimpi itu .!
No comments:
Post a Comment