February 19, 2011

antara kelemahan dan kelebihan.

manusia dilahirkan dengan pro dan kontra nya.
aku?

manusia semua sama.
tiada beza antara yang lain.
tiada lebih tiada kurang.

kadang kadang manusia terlalu narsisis.
bangga dengan dirinya.
tanpa mempedulikan kehebatan manusia yang lain.

hari ini,
aku tersedar seketika akan kelamahan.
kelamahan aku yang selama ini wujud dalam diri.

aku,
manusia yang tidak pandai meluahkan kata.
ibarat emas tersimpan dalam mulut.
bukan, 
bukan itu sebenarnya.

tapi aku hanyalah manusia yang tidak reti untuk berkongsi rasa.
aku tidak tahu cara memulakan bicara mengungkap rasa.

dan,
aku juga punya kelebihan,
kelebihan untuk menanggung rasa sendiri.
aku lebih senang untuk meratapi sendirian.
aku lebih kuat merasainya sendiri.

walau,
kadangkala aku juga merintih.
pada tuhan yang memberikan aku rasa itu,
dan padaNya jua aku memohon dipinjamkan kekuatan.

Tuhan, bantulah aku.
hapuskan laa bayangbayang itu.
cukup setakat hari ini mengekori.
aku tidak sanggup lagi mengesat air mata yang berjuraian.

hanya padaMu aku memohon.
Ameen.!

No comments:

Post a Comment