sakit tak laa tenat.
tapi mungkin boley jadi tenat.
lagi tenat daripada penyakit sedia ada aku nih.
penyakit sedia ada sejak aku tingkatan 3.
penyakit alah atau alergik atau tak boley berkipas waktu malam.
tak laa seteruk mana. mungkin buatkan aku rasa tak selesa jek.
tak selesa dengan perubahan suhu badan yang ntah macam apa.
penyakit mengantuk?
tu bukan penyakit yang teruk jugak. sebab tidur adalah ubatnya. [gelak]
dah memang aku kena cukup tidur. nak buat macam mana kan?
dah cuba dah tahan rasa ngantuk. tapi nanti secara automatik dia akan tidur jugak.
bagi laa kopi kawkaw ke, nescafe cukup pahit ke, kalau mata nak tutup. tutup jugak.!
tapi sakit yang aku rasa nih dah lama sebenarnya.
mungkin sebab aku sendiri. aku yang cukup sensitif.
pantang terusik sikit emosi hati. bukan mereka atau dia yang mengusik.
tapi aku sendiri yang menjadikannya sakit.
menjaga hati sendiri bagi aku sangat payah.
sedangkan hati orang, walaupun aku takut orang terasa.
aku akan cuma rasa 'takut' sahaja. dan rasa itu mungkin sekejap.
walaupun aku cuba cari jalan penyelesaian tapi aku tak rasa apa yang orang rasa.
dan rasa 'takut' aku tu, perlahan-lahan akan hilang.
sedangkan hati aku. dari mula sampai akhir aku akan rasa seksanya.
dan takde sape pun yang boley buatkan aku rasa senang.
cuma aku.!
sebab bagi aku, bila aku mula 'terasa' itu adalah masalah aku sendiri.
orang tak pernah sengaja menjadikan aku 'terasa'.
cuma masalah hati aku sendiri yang mudah dan cepat 'terasa'.
emosi terlalu sensitif. itu adalah aku.
cuba kalau aku bukan seorang yang sensitif. mungkin aku tak akan mudah 'terasa'.
dan kerana emosi hati yang cepat terusik.
kerana sensitif itulah aku selalu sakit.
mungkin orang takkan pernah nampak. dan aku takkan izinkan seorang pun nampak.
sebab hati aku hanya aku seorang jek yang faham. bukan orang lain.
dan mungkin kerana itu jugaklah aku menjadi semakin sakit...
No comments:
Post a Comment