December 17, 2010

haru biru!

HARU BIRU 1

belum pun tiba masanya.
rahsia itu terpacul jua.
tak sempat menunggu masa yang telah diatur.

jelas terpancar kesugulan dengan seribu kedutan yang semakin jelas.
dan aku, hanya mampu menyimpulkan satu senyuman.
senyuman yang langsung tak dapat menghiburkan hati sesapa!
malah menambahkan rasa mual barangkali!

telinga hanya mampu menahan.
menjadikannya semakin kebal dan kebal!

HARU BIRU 2

pesanan itu datang lagi hari ini.
pesanan yang berupa undangan sebenarnya.
undangan yang kedua kali.
tapi kali ini dengan pesanan yang datang sebanyak dua kali!
runsing untuk membalasnya.
bukan tidak mau, cuma ketiadaan kata.
jika dia biarkan, takut dikatanya 'tak mengenang budi' pula!

akhirnya, pesanan itu aku biarkan saja!
tanpa jawapan ya atau tidak.

dan jika dibalas juga mungkin akan dijawab seperti ini:
         'maaf bukan tidak mau tapi mungkin masanya belum tiba.'

biarlah apa sahaja yang mahu difikirkan beliau!






No comments:

Post a Comment