dari membaca Srengenge aku berkalih ke Salina.
dua cerita dari dua penulis berbeza.
keduadua penulis yang telah dinobat sebagai Sasterawan Negara.
dan cerita dikisahkan dengan membawa pandangan baru.
Shahnon Ahmad sekali lagi membawa satu falsafah baru.
jika Ranjau Sepanjang Jalan menjurus kepada 'Hidup adalah takdir Allah Azzawajala'.
Srengenge menegaskan, 'Kerja bukan untuk Hidup, tapi Hidup itulah Kerja'.
dan Srengenge adalah satu simbolik kepercayaan dan kefahaman.
berlatarkan latar masa selepas Perang Dunia ke2 dan sebelum kemerdekaan,
Salina menjadi simboliknya.
A.Samad Said berjaya menggambarkan kehidupan masyarakat yang dihimpit kesusahan.
hanya dengan menggunakan latar masyakarat di Kampung Kambing, Singapura.
Salina menjadi simboliknya.
A.Samad Said berjaya menggambarkan kehidupan masyarakat yang dihimpit kesusahan.
hanya dengan menggunakan latar masyakarat di Kampung Kambing, Singapura.
penat seminggu berguling dengan kisah Sasterawan.
berkalih pula ke 2 filem dari 2 negera berbeza.
The Perfect Couple, kisah cinta polis dan wartawan Korea.
tapi itu biasa saja! yang menariknya 3 Idiots.
3 Idiots bukan filem Hindustan biasa.
bukan sekadar kisah romantis 2 manusia.
bukan sembarangan mengundang air mata.
filem Hindustan yang begitu mengujakan!
oh ye! kalau dikatakan peminat bola sepak tegar, itu bukan aku.
tapi sekali sekala bila Malaysia beraksi.
boleh luruh jantung dibuatnya.
tahniah Malaysia!
dan sekarang, sedang berkirakira untuk diulit Hujan Pagi, satu lagi kisah A.Samad Said.
dan... Hikayat Merong Mahawangsa mungkin!
No comments:
Post a Comment