February 28, 2013

Bola di Atas Rumput


Bola itu hakikatnya berbentuk bulat . Belum pernah lagi aku jumpa bola yang bentuk segi empat , segi tiga , pentagon , heksagon , and so on .  Tapi hakikatnya masih ada bola yang tak bulat . Bola rugby .!

Aku bukan peminat tegar bola … err maksudnya bola sepak . Tapi apa sahaja game yang melibatkan pasukan kebangsaan aku pastikan yang aku tak ketinggalan . Aku istilahkan situasi aku ini sebagai patriotik . Sebab apa ? Sebab kalau Harimau Malaya menang seolah - olah menjaga maruah Malaysia . Aku rasa laa . Nak - nak kalau game lawan dengan Indonesia . Seboleh - bolehnya MESTI menang .!

Tapi , tahun ni . Bermulanya Liga Malaysia musim 2013 aku dah jadi sebahagian dari peminat tegar bola sepak . Walaupun masih lagi separuh masa sebab belum sepenuh masa lagi aku tumpukan hidup aku pada Liga M nih . Herher .

Ok , bermula dengan tindakan TMJ yang bersungguh - sungguh memajukan bola sepak Johor secara tak langsung memancing sekaligus menarik aku untuk melihat kejayaan Johor . Sama situasi dengan team Malaysia , begitu juga laa patriotiknya aku pada team Johor . Ya , aku rakyat Johor yang akan sentiasa bangga menjadi rakyat Johor .  *senyum*

Luaskan Kuasamu Johor .!


Kalau dulu aku tak berapa tertarik dengan channel 801 Astro Arena . Kini, aku mula jadi penonton Nadi Arena, Forum, Sorakan 12 dan sebagainya semata - mata nak tahu kalau ada apa - apa perkembangan pasal bola sepak Malaysia terutamanya Johor . Tak kesah laa Johor DT ke Johor FA . Aku dah pandai macam mana nak kira mata, sikit-sikit pasal offside, dan macam-macam lagi laaa. *Baru nak belajar katanya.

Bola itu bulat . Itu yang mereka selalu kata . Bukan anda tapi mereka . Apa sahaja boleh terjadi . Itu yang aku faham dari ayat mereka ,  Bola Itu Bulat .

Tapi Bola Rugby lonjong .


Kadang - kadang sesetengah team terlalu gembira merayakan kemenangan cetakan gol pertama , kedua , mahupun ketiga mereka sehingga mampu meninggalkan pasukan lawan jauh terkapai - kapai mencari gol penyamaan bagi mengelakkan kehilangan mata yang berharga .

Aku faham perasaan gembira nih . Gembira mana boleh ditahan - tahan . Ye dak ?

Ada sesetengah team pula terlalu kecewa apabila ditinggal dengan perbezaan jaringan yang sangat besar sehingga motivasi diri mereka perlahan - lahan terhakis . Emosi tak terbendung sehingga menghilangkan segala fokus . Matlamat dan azam yang dicipta sebelum sepak bermula macam tak pernah wujud . Mungkin mereka ini yang dinamakan sebagai mengaku kalah sebelum bertanding . Mungkin mereka akan kata , “ Dah cuba yang terbaik tapi belum rezeki ”. Ya , mungkin betul kata mereka itu . Mana kita tahu kan ? Aku nih pun penonton depan TV jek .

Tapi yang paling membanggakan apabila ada team yang mampu menjadikan gol awal lawan itu sebagai satu motivasi . Bagaimana mereka memotivasikan diri itu patut dipuji . Keupayaan untuk mengawal diri disamping azam dan semangat yang cuba dibentuk dan dikekalkan sehingga berupaya membuktikan mereka bukan pecundang pastinya tak akan tersia - sia . Mereka pasti tersenyum diakhir perlawanan meskipun kecewa di awal perlawanan .

Mungkin juga usaha , semangat , dan azam mereka itu masih tidak berupaya mewujudkan sebuah senyuman namun setidaknya mereka pasti akan berasa puas . Kepuasan itu subjektif .!

Malangnya , mereka yang bergembira pada awalnya terlupa untuk mengawal kegembiraan . Rasa puas dan mungkin rasa selamat meletakkan mereka pada zon selesa . Bagi aku hidup dalam zon selesa nih buruk padanhnya . Tak kisah laa dalam kehidupan mana pun . Zon selesa akan membuatkan kita berhenti untuk berusaha bersungguh - sungguh . Dah selesa katanya . Kalau mereka berdepan dengan team yang terlalu kecewa tadi mungkin berguna zon selesa itu tapi jika berdepan dengan team yang terlalu kuat motivasinya ? Sendiri mahu ingat laaa .

Dalam bola sepak , persefahaman itu penting . Komunikasi juga penting . Dan paling penting semangat berpasukan . Bola disepak secara bergilir-gilir , belum tentu lagi digolkan oleh orang yang sama , dipertahankan bersama -sama . Kalau tak gitu apa motifnya pemain sampai 11?

Kadangkala kita juga tidak boleh menolak tuah takdir yang ditentukan . Mungkin kita telah berusaha sehabis baik . Berusaha dengan bermacam - macam usaha menentukan nasib yang baik . Allah pun ada berkata takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika sesuatu kaum itu tidak mengubah apa yang ada pada diri mereka (13:11) Tapi kita pun tak boleh lupa pada Rukun Iman ke-6 . Percaya pada Qada’ dan Qadar .

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik . Percayalah .!

Dan , aku mula percaya bola sepak mula mengajar aku tentang hidup . Hidup itu tidak mudah . Seperti mana bermain bola juga tidak mudah . Meski kita mampu mengkritik itu dan ini . Pemain macam tu macam nih . Taktikal gitu dan gini . Tapi percaya laa kita , aku hanya penonton sekaligus pengkritik yang tak melalui sendiri apa yang dilalui mereka .

Terkadang dalam hidup kita pasti akan berasa gembira sehingga lupa suatu ketika kita pasti sedih . Kita hidup bukan cuma hidup sendiri . Kita hidup untuk mak , abah , adik beradik , sedara mara , jiran tetangga , kawan - kawan dan sebagainya . Hidup tanpa mereka pasti susah . Nak tahu macam mana susahnya , cuba laa .!

Hidup itu tidak mudah . Tidak semudah bola yang berada di atas rumput . Hanya mengikut ke mana arah dia sitendang .

Tapi , ketika kita merasakan ketidakmudahan itu , ingatlah kita punya Allah . InshaAllah, Allah sebaik - baik pembantu .

^_^




No comments:

Post a Comment