March 13, 2012

mencari cinta: Ep 2

Destinasi kedua ,
Catatan 7 Mac ,
Stesen Pasar Seni .

12 : 00 ,
entah macam mana boleh sampai setepat nih ,
Stesen Pasar Seni terik ,
bas tak henti - henti melintasi jalan depan Pasar Seni .

aku berdiri di persimpangan trafik .
menunggu kereta memberi laluan untuk pejalan kaki macam aku .

tapi ,
niat menyeberang aku batalkan ,
sekilas terpandang Jalan Hang Lekir ,
kalau tak silap ingat .

aku menapak perlahan ,
di hujung jalan aku mula yakin ,
manusia ramai yang berlindung bawah bumbung tinggi itu ,
Petaling Street , itu yang aku tuju .

cuak ? tetap ada .
kawasan panas . itu yang aku cerna dari filem .
bukan kaki wayang , tapi pengaruh filem kuat dalam benak aku .

tapi , aku rasa seronok .
manusia ramai , kanan kiri menyapa .
mempelawa membeli barang dagangan .
aku hanya senyum .
masuk tempat orang takkan nak cari pasal oii .
lagi pun katanya kawasan panas .

yang seronok , jejak je kawasan Petaling Street ,
aku nampak kedai bunga , ke depan lagi masih bunga .
Petaling Street banyak bunga , aku senyum .
sweet juga Petaling Street nih , kan ?

yang seronok nya lagi , ramai mat dan minah Saleh,
aku pun tak tawu pasal apa aku seronok yang nih .
ok , seyes aku seronok lalu kawasan yang katanya 'panas' ?

tak lama , aku pusing balik Jalan Sultan ,
kalau tak silap ingat lagi .

aku jalan terus ,
di tengah kota KL .
baru aku rasa hidup manusia kota .
kota yang berkarenah pelbagai cara .
walaupun selama nama jek anak bandar .!

di simpang yang sama , lampu hijau pejalan kaki menyala ,
dan aku menapak terus ke Kasturi Walk ,
yang menariknya , wau dye dah bertambah .
aku susur perlahan Jalan Kasturi ,
kot - kot ada yang menarik ,
dan memang ada ,
Uncle BOB .!!

aku mencari pintu belakang ,
seketika melangkah masuk ,
rasa sejuk menyapa ,
Pasar Seni . aku senyum .
lama tak sampai sini .
aku terus mencari tangga berpusing menuju Food Court ,
mencari tempat feveret ,
naseb ada kakak baru bangun ,
letak beg , letak buku ,
aku terus ke Kopitiam ,
order air feveret jugak . coffee ice!!!


lunch break ,
penuh dengan suara manusia ,
tapi aku tak kesah ,
lagi khusyuk aku baca buku ,
buku baru ,  kecintaan baru aku .
habis laa jugak satu bab penuh aku cerna ,
dan aku menduga ilham .

tak hanya Petaling Street ,
Pasar Seni nih pun penuh Mat dan Minah Saleh ,
musim cuti ke Eropah sana ?

1 : 09 ,
aku tinggalkan Pasar seni ,
melangkah ke belakang ,
tempat pelukis melukis ilham ,
jamu mata tak lama ,
aku berjalan ke destinasi seterusnya .

Masjed Jamek ,
rindu katanya ,
manusia masih ramai ,
dan aku terus menyongsong langkah . berjalan di antara gerai ,
satu persatu aku fahami .

1 : 35 aku berhenti ,
letih ,
aku duduk di tangga Masjid India ,
seketika , aku melihat makcik riuh nak solat ,
[senyum] makcik ...

tak lama , aku pulak bersiap solat .

2 : 16 , aku keluar masjid , menyusur Jalan TAR ,
dan patah balik ke Stesen Masjed Jamek .
tak merancang nak balik ,
sebab aku masih belum puas .

peta tren aku baca ,
aku teliti garisan halus merah , biru , kuning yang berselirat .
mana nak pergi ?
hati meronta nak berjalan lagi .

3 : 02
sekilas terpandang tangga belakang ,
aku amek jalan belakang Stesen Masjed Jamek .
melintasi Menara Bumiputera , aku membelok ke kiri .
melintasi Akademi Etiqa , aku jalan terus .

penat jalan , akhirnya aku berhenti makan .
Ali Cafe , tak jauh pun ,
belakang Masjed Jamek jek .

4 : 13
aku putuskan balik semula ke Stesen Masjed Jamek .
tapi aku tak terus balik Kolej .

aku nekad , Stesen Ampang Park aku tuju .
dan , aku singgah Kompleks Ampang Park .
tak lama berpusing , baru aku pulang .
kali nih , bukan sebab dah puas ,
tapi penat .!!

dari Stesen Ampang Park ke Stesen Universiti ,
awan mula bergumpal , gelap .

dan tepat sampai depan pintu masuk Blok C ,
hujan turun , mula perlahan dan makin lebat .

esoknya , aku usha FB ,
berita yang aku dapat ,

Kuala Lumpur Banjir oiii .!!!











No comments:

Post a Comment