"bezanya terlalu jauh hingga dia sendiri tak pasti mampukah dia melangkah ke arah itu . Antara Hitz.fm dan IKIM.fm . Antara jean , tee , baju kurung , jubah , dan tudung labuh . Antara Jamie Thomas dan Imam Hassan al-Banna . Antara Linkin' Park dan Sami Yusuf . Antara lirik lagu dan kitab - kitab agama ."
"terasa pegangan agamanya begitu rapuh . aku sekadar melengkapkan Rukun Islam . sekadar membaca surah Yasin pada malam Jumaat . sekadar menutup aurat dengan baju lengan panjang , jean straight - cut dan tudung biasa . aku tak mengamalkan qiyam sekurang - kurangnya seminggu sekali . tidak menghabiskan satu juzuk al - Quran selang seminggu . tidak litup dengan tudung labuh atau jubah . tidak mengulang al - Ma'thurat setiap subuh dan asar . tidak solat rawatib setiap solat fardhu ."
"kalau dulu , mungkin dia merasakan yang kini dia telah jadi 'baik' . 'baik' kerana tidak lagi berpelesiran di tepi jalan . 'baik' kerana kini pakai baju longgar dan berlengan panjang . 'baik' kerana dah pakai tudung tak nampak rambut menggerbang . 'baik' kerana telah menggantung deck , roller - blade dan Wrath yang tidak meletak batas dalam pegang tangan antara lelaki dan perempuan, diganti dengan pergi ice - skating sendirian . 'baik' kerana kalau pergi menonton wayang pun bersama Che'E dan bukan lagi bersama mana - mana lelaki untuk menjadi teman . 'baik' kerana sekarang dia solat walau kadang - kadang hampir ke hujung waktu , yang dirasakan dah cukup baik untuk dirinya sekarang . dan apabila berfikir kembali dalam keadaan sekarang , adakah itu cukup baik sebenarnya . "
semua dilog kat atas nih aku kutip dalam novel novelis faveret aku , HLOVATE .
versus , yang aku baca setahun lalu . betul - betul buat aku terasa . tapi mungkin cuma berjaya sentuh hati aku dan tak melekat kat hati .
aku tak tawu nk cakap macam mana , mungkin taufiq tu belum sampai lagi kot .
bukan mudah untuk mengubah yang biasa menjadi luar biasa , kan ?
*terima kasih kepada beliau yang bagi aku novel nih setahun lalu. =)
No comments:
Post a Comment