"sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama" - Merong Mahawangsa.
the best ever quote yang aku pernah dengar.
sape - sape yang tengok filem HMM nih mesti tawu dialog ni.
berhantu wooo~
okay, rabu lepas aku dah pegi tengok cerita nih. cerita yang sangat - sangat aku nak tengok.
kalau tanya semua orang yang pergi tengok cerita nih mesti semua orang akan cakap - "best.!"
dan inilah antara penyumbang kepada peningkatan kutipan box office cerita nih, atau dalam bahasa Melayunya, filem Pecah Panggung.!
maunya tak pecah panggung. kalau ditanya kenapa aku agak fanatik (dulu terlalu fanatik) dengan KRU, senang jek jawapan aku. - "mereka adalah manusia paling kreatif dan berani yang mula - mula aku kenal." sejak dari zaman dorang nyanyi - nyanyi lagi.
dan sebab tu laa jugak, filem nih akan pecah panggung. sebab mereka ada kekuatan itu.
dengan teknologi CGI yang menelan kos sangat tinggi, dan juga kos menghasilkan filem yang agak mahal (agak - agak RM8 Juta mahal tak?). KRU sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah filem yang mempunyai gambar yang sangat sempurna.
bagi aku, aku suka cerita nih, sebab akhirnya ada jugak produksi dari Malaysia yang boleh buat babak perang - perang dengan jumlah orang yang sangat ramai. sebenarnya, dari dulu aku sangat teruja kalau ada babak perang ramai - ramai. sebabnya?
sebab dulu masa belajar sirah dekat sekolah aku selalu cuba nak bayangkan bagaimana berlakunya peperangan zaman nabi, macam perang Badar, Perang Hud, perang Khandak yang hanya berperang dengan kuda, pedang, panah. so, bila ada cerita macam nih, barulah aku boleh bayangkan sikit - sikit.
okay, sebab lain aku suka cerita nih ialah dialognya. sangat mantap.! macam dah lama tak dengar (memang takde dah.) orang bercakap dalam bahasa Melayu dangan intonasi yang sangat sopan, bahasa yang berkias, beralas tapi bermakna. takde laa istilah - 'sentap hati mak nak'
tapi rasanya lagi sentap kot, sebab berkias sangat. [senyum]
sebab lain, apa yek?
okay, yang aku tak suka pasal cerita nih, jalan ceritanya. dan ini kekurangan KRU juga (merujuk kepada Magika - Edry). mungkin KRU perlu belajar untuk lebih 'drama'. teknologi semata - mata masih tak cukup. bukan nak kata 'teruk' tapi perlu dibaiki sikit lagi.
'drama' dalam filem nih bagi aku agak kurang, okay misalnya macam nih,
- babak masa Embok rawat Merong mungkin boleh dipanjangkan sikit, barulah nampak Merong sakit. nih tiba - tiba jek ucap terima kasih kat Kesum. baru aku nak rasa kesakitan Merong.
- ada satu babak tu, jap lupa pulak. tapi adalah yang part touching - touching, kejap jek babak tu, tak sempat nak kuar air mata dah habis.
- babak masa belajar ilmu dengan Kesum tu memang agak banyak, tapi masih tak cukup nak tunjukkan yang Merong tu dah cukup ilmu.
okay, cukup 3. nak lagi pergi tengok.! [senyum]
kekurangan - kekurangan tu buatkan aku kurang rasa feelnya. bila cerita nih abes aku masih tak dapat nak feel. kehebatan cerita ni mungkinpada watak, aksi, teknologi CGI, tapi jalan cerita bagi aku masih kurang. perlu ditambahkan lagi sesuatu.
mungkin sebab takut terlebih masa tu yang jadi macam tu ke? macam filem Lagenda Budak Setan, siyes sangat hampeh.!
tapi filem nih takde laa sampai hampeh. segala kelemahan tu dah ditutup sebenanrnya. tapi bagi aku KRU mungkin boleh belajar lebih pasal 'drama' nih dengan Khabir Bhatia. sebab aku sangat suka filem Sepi punya jalinan cerita yang cukup sempurna. Khabir Bhatia pandai bermain dengan emosi dan menjadikan filem yang dye buat ada 'rasa'. bila habis tengok cerita dye, aku boleh 'rasa' sesuatu. dan, semoga filem Nur Kasih bulan 5 nih sama kualitinya dengan Sepi dan drama tvnya.!
tentang pelakon, aku taknak komen. bagi aku itu takde masalah kot. selagi pelakon tu tak bermasalah [gelak]
ouh ye, bagi aku sangat tak logik bila princess bercakap bahasa Inggeris dengan Inangnya. bukan ke manusia dua ini sama - sama orang Cina? cakap laa bahasa Cina, apa masalahnya, kan?
sape - sape yang belum tengok cerita nih, sila pergi tengok, sebab konfem tak rugi.! dan, jangan lupa ajak aku sekali ye, nak tengok lagi.! [senyum]
![]() |
tolongpr omosi.! [gelak] |
last sekali, dalam banyak - banyak dialog yang paling aku suka dalam cerita nih, dialog masa Embok cakap kat Merong,
"raja kamilah yang jaga kami nanti"sanga bermakan.! [senyum]
nota tangan: tiba - tiba rasa nak tulis pasal mula - mula aku suka KRU. nanti laa kalau rajin yek.!
No comments:
Post a Comment