February 12, 2011

andaikan.

andaikan,
aku berani bersuara,
akan aku nyatakan dengan tegas.

andaikan,
aku berani menegur,
akan aku bicarakan dengan jelas.

andaikan,
aku berani berkata,
akan aku beritahu dengan jujur.

andaikan,
aku berani berbicara,
akan aku fahamkan mereka.

andaikan,
aku meluahkan rasa,
mampukah aku berasa tenang?

andai mereka juga susah seperti aku?

biarlah aku menjadi bisu,
hingga hati tak mampu tersenyum sekalipun.
mereka tetap tidak perlu tahu.
kerana aku tak mahu mereka susah,
hanya kerana aku.

No comments:

Post a Comment