January 25, 2011

rahsia bulan kelahiran.

setiap orang mesti ada kelebihan dan kekurangan. yang kadangkadang kita sendiri pun taktawu kita ada kelebihan itu dan kita pun taktawu yang itu adalah kelemahan kita. sejak dari kecik lagi aku dah biasa tengok prekdisi tentang sifatsifat seseorang macam horoskop ataupun ramalan zodiak, rahsian tarikh lahir, rahsia bulan, rahsia warna laa dan macammacam lagi. 

sebab tu bila dah besarbesar nih aku dah tak heran sangat bendabenda tu, sebab dah biasa sangat dan benda yang dia cakap pun lebih kurang sama. bukan nak percaya 100%. berdosa kalau kita percaya bulatbulat. boley jadik syirik.! tapi kadangkadang boley laa di pakai. dan...

lately nih aku selalu nampak dalam FB pasal kajian bulan kelahiran Dato' Fadzillah Kamsah. aku dah pernah baca dulu. so, aku macam buatbuat tak nampak. tapi...

tibatiba hari nih macam menarik daya ransangan aku untuk menulis sesuatu tentangnya...

Tarikh Lahir aku: 7 April 1989.
okay.! kalau tengok dekat atas nih. ada 18 perkara yang Dato' tulis tentang mereka yang lahir bulan April. nih semua adalah kajian yang dia dah buat.

so, yang 1st sangat aktif dan dinamik. dinamik tu apa ya? seyes aku tak tawu. ada sapesape boley bagitawu? kalau aktif tu. mungkin kot. tapi aku jek yang kadangkadang tak mengaktifkan diri sendiri. errr... maksudya? entah laa. [ketawa]

yang 2nd cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. yang nih boley pakai. sebab kadangkadang aku akan buat sesuatu tanpa aku fikir dulu. dah buat baru aku terfikir. masa tu laa bila dah tersalah baru rasa sangatsangat menyesal. baru laa terdetik dalam hati,
                                              
    'dEwi, wut hv u done?'

3rd sangat menarik dan pandai menjaga diri. sangat menarik? dari segi? itu subjektif mungkin. pandai menjaga diri, aku rasa macam tak. pandai ke? hemmm... entah laa.

4th punya daya mental yang sangat kuat. okay.! yang ini aku boley katakan bila aku ada masalah. naknak masalah yang besar. aku cukup bersyukur kerana dikurniakan mental yang sangat kuat untuk menghadapi segala masalah aku sendiri.

5th suka diberi perhatian. siapa yang tak suka. ye dak?

6th sangat diplomatik (pandai memujuk). berdiplomatik dengan orang kadangkadang boley tapi bab memujuk nih seyes aku tak reti. tapi aku masih boley menjadi seorang pendengar yang baik mungkin.!

7th berkawan dan pandai meneyelesaikan masalah orang. dah tak reti nak pujuk apatah lagi nak selesaikan masalah orang. [ketawa]. bab berkawan pulak, bergantung pada keadaan. 

8th sangat berani dan tiada perasaan takut. kalau tengok cerita hantu malammalam aku takut. tapi kalau nak suruh aku jalan sorangsorang tak kira siang ke malam aku tak kesah.

9th suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun, dan pemurah. aku rasa sopan santun tu jek yang tak. [gelak]

10th emosi cepat terusik. yang ini sangat tepat.! tapi sejaksejak akhir nih aku rasa aku dah pandai untuk mengawal sesuatu keadaan, so, dah jarangjarang untuk aku rasa touching. tapi kadangkadang untuk sesuatu benda ada laa jugak. cuma tak sekerap dulu. pernah dulu hanya kerana emosi itu, aku berkonflik dengan kawan aku. so, I won't let it happen again.

11th cuba kawal perasaan. yang ini bukan related dengan yang atas ke? betul laa tu aku akan sedaya upaya untuk kawal perasaan aku supaya orang tak nampak. dan aku juga sentiasa cuba kawal perasaan aku supaya tak terlalu touching.

12th kecenderungan bersifat pendendam. dulu ya. tapi sejak aku dah semakin mahir kawal perasaan nih. aku dah tak reti berdendam.

13th agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. macam tadi yang aku cakap. buat keputusan nak cepat jek. selalu sangat tak fikir dulu. 

14th kuat daya ingatan. aku memang boley ingat sesuatu benda walaupun dah lama berlalu untuk sesetengah perkara. tapi tak semua laa. dan bab menghafal tuk exam, boley memang boley ingat tapi mula laa kepala otak nak berdenyutdenyut.

15th gerak hati yang sangat kuat. aku memang ada instinct yang sangat kuat. buktinya macam... okay, aku nih seorang yang sangat cuai. kadangkadang bila aku tak jumpa purse aku dan aku rasa relax jek. tu maknanya purse tu tak hilang pun. tapi bila aku rasa macam takde harapan, bukan macam lagi memang takde harapan pun nak jumpa. aku jek yang kadangkadang sengaja bagi harapan.

satu lagi macam bila aku dari JB nak balik KL. bila nak kua rumah tu aku rasa macam ada yang tinggal jek, memang sampai KL baru aku perasaan ada yang aku tak bawak.

16th pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. apaapa yang berkaitan dengan orang aku memang tak reti. macam nak pujuk tak reti, selesaikan masalah orang pun tak reti, inikan pulak nak motivasikan orang. hancur.! tapi kalau motivasi diri sendiri memang itu yang selalu aku buat. walaupun sekejap jek termotivate.

17th berpenyakit di sekitar kepala dan dada. aku rasa sejak aku masuk uni aku dah jarang sakit kepala. kalau dulu ye. tapi aku taktawu la migrain ke bukan sebab aku tak penah check. cuma sekarang nih Alhamdulillah dah tak sangat. dada pulak, boley aku katakan kat bahagian paruparu. memang bermasalah sejak TB dulu.

18th sangat cemburu dan terlalu cemburu. yang nih aku cuma boley katakan absolutely.!

so, daripada apa yang Dato' Fadzillah dah tulis dengan keadaan diri aku agakagak boley pakai tak kajian Dato' nih?

dan sebenarnya, walaupun kita dilahirkan dengan adanya kekurangan. kekurangan tu kita boley perbaiki. dan kelebihan kita tu kita boley tingkatkan, ye dak?




No comments:

Post a Comment