January 21, 2011

mendaki Broga.!

dulu, masa aku kecikkecik, dalam umur 4,5 tahun macam tu aku memang terkenal dengan sikap yang sangat lasak, berani, mulut potpet potpet tak reti nak diam. semua benda yang aku jumpa kalau boley aku nak panjat. pokok kelapa tu penah la jugak aku panjat separuh jalan. kalau dulu ada rumah makcik aku yang toilet kat luar, dengan selamba jek aku pergi sorang malammalam. abah benti merokok dulu tu pn sabab aku. mami cakap aku harihari bagi ceramah dekat abah sampai akhirnya abah pun benti. gila la kan.! 

aku tak tawu la betul ke tidak. mami yang cakap. tapi yang bab lasak tu memang tak dapat dinafikan. pantang dok diam aku nih. sampai aku dapat sepupu yang muka iras aku.! kesian Muhd Syahdani tak pasalpasal dapat muka aku (yang comel) sebab pak ngah suka sangat mengata aku. akhirnya kan dah terkenan kat anak sendiri. [senyum]. yang nih pn mami yang cerita. tapi bab muka Dani sama ngan muka aku tu memang betul. kalau orang cakap kitorang adik beradik, kembar pulak tu. memang sesuai laa walaupun dye muda 5 tahun dari aku.! nama pn dah nk dekatdekat kan. Dewi - Dani. [senyum lagi]

*****

dah tiga minggu aku dok terperap dalam UM. sejak balik lepas cuti sem hari tu, memang aku dah tak kuakua. kental gila kan? boley pulak ye aku dok diamdiam dalam bilik. entah laa. tak tawu nak kua ke mana, dengan siapa, dan motif tuk kua pn macam takde jek. 

aku tak kisah pn kua ke tidak. sebab aku nih dah biasa dok kt uma tak kuakua. anak dara pingitan la katakan. [gelak]

tapi semalam, akhirnya setelah hampir 3 minggu baru laa aku nampak semula pintu pagar UM. pakcik gurd pn lama dh tak nampak. rindu.! [gelak besar]

alkisahnya aku kua dengan makcik Sayha dengan kawankawan dye pergi ke Broga Hill. sumpah weyh.! seumur hidup aku, aku tak pernah panjat bukit, gunung ke atau apa sahaja. sebabnya mami tu terlalu menjaga anak daranya. kalau nak ikot rombongan sekolah, asal jauh jek memang takde harapan la kan. masalahnya dekat bandaraya JB tu apa la ada. kalau ada pn setakat, errr... pantai Lido? [tersengih]

kitorang sampai dekat kaki bukit Broga (ladang kelapa sawit) dalam pukul 5 macma tu laa. dan terus kitorang mendaki. gila la kan.! aku tak tawu la pulak aku boley mendaki sebaik itu. seyes. selasaklasak aku pn aku belum penah mendaki, panjat pokok biasa laa.! itu pun masa kecik.

memang sangat seronok! akhirnya aku dapat buat apa yang aku suka. dah lama tak exercise, so ada la jugak tercungapcungap. dekat sejam akhirnya sampai la jugak kitorang dekat atas puncak Broga.!

phewww! memang sangatsangat puas hati. walaupun sangatsangat penat jugak! [tersenyum]

sejuk pun sejuk jugak atas tu dan aku rasa lagi sejuk dari Genting kot. dengan view dye. aku suka.! memang suka gila laa. sampai taktwu nak taip apa dah nih. [gelak besar]

dan yang tak bestnya. aku jadi pemalu gila.! ye la, kan aku dah cakap sebelum nih. susah aku nak cakapcakap dengan orang yang baru kenal. melainkan kalau merekamereka yang baru aku kenal nih pandai nak push aku tuk bercakap. macam mana? [sengih tersipusipu]

berbalik kepada cerita dekat atas puncak tu. masa kitorang sampai, bulan masih tergantung lagi dekat langit. bulan penuh. bercahaya cantik sangat. bintang tinggal sebijik jek. malumalu nak kua macam aku. [gelak]. 

dari atas tu dapat la jugak nampak lampu jalan yang berbintikbintik. dan bila hari dah siang sikit. nampak pemandangan yang sangat cantik lagi laa aku sanagt teruja. 

ada satu bukitbukit tu aku nampak macam lukisan jek. dengan kabus dye. si makcik Sayha nih pulak kata macam laut. apapapa je laa. dekat bawah kaki bukit tu ada laa rumahrumah. macam selalu aku tengok dalam gambar. tapi semalam semuanya aku tengok sendiri.!

masa nak turun lagi laa best. agak mencabar. tapi seronok. aku ingat aku susah nak turun. tapi bak kata si Faiz kawan si Sayha nih, steady beb.! bukan laa nak berlagak. tapi aku pn taktawu macam mana aku boley berani gitu.

mungkin sebab kelasakan aku itu masih menebal dalam diri, ditambah pula dengan darah keturunan Bugis yang kuat dalam badan aku nih. kaitannya?

Bugis dulu kan lanun. lanun mana tawu mengalah. jiwa kebal beb.! kalau dah aku nih banyak mewarisi sikapsikap abah (yang nampak), tak mustahil sikapsikap Bugis yang lain kuat dalam badan aku. [gelak besar]

lagi pn aku dah biasa jumpa jalan macam tu. walaupun bukan laa bukit. tapi lebih kurang laa jalan macam tu. berpasir. aku dah boley agak mana yang patut dipijak. dan yang penting kena berani. kena pandai nak seimbang kan badan pn ye jugak.! itu jek yang aku buat sampai selamat turun ke bawah. Alhamdulillah.

tapi, pagi tadi tibatiba aku terkejut bila baca Metro Online.[klik sini]

seyes.! seram sejuk pn ye jugak. ye la, hari yang sama aku naik pulak tu. dan tibatiba aku terpikir macam mana JPAM tu naik dan turun?

mungkin aku bernasib baik. Alhamdulillah. dan semalam merupakan pengalaman yang sangant best.! walaupun aku malumalu kucing.! [ketawa]


                                                            muka malumalu. [senyum]






No comments:

Post a Comment