entah untuk ke berapa kalinya.
aku terusterusan menatap.
untuk apa aku masih meraguinya?
bilamana dia wujud, aku hanya mampu memandang.
dan bibir masih tak mampu dibuka.
bilamana dia menghilang.
aku bingung. kusut aku dibuatnya.
hati kerap kali menangis. merontaronta entah apa maunya.
jiwa selalu pula merintih. membuatkan aku semakin tidak mengerti.
aku masih terus juga begitu.
melihat tanpa mahu menoleh.
mahu berucap juga seakan sudah kekeringan air liur.
yang aku tahu hanya hati dan jiwa terusterusan beremosi!
tapi sampai bila?
No comments:
Post a Comment