December 7, 2010

25 perkara tentang saya...

demi kawan tercinta, cik saloma sayha . maka, dapat anda semua tahu tentang saya. (uisyh~ malunya nak cite!)

okay! ini adalah tentang saya...


  1. nama yang diberi oleh mami dan telah pun didaftarkan dua hari setelah kelahiran ialah Dewi Nor Afizah binti Daim. jangan ditanya kenapa dewi. sweet kan nama tu? eceh!!~
  2. dilahirkan seminggu selepas April Fool (perhatian kpd umat Islam, jgn nk menggendik sambut nih!!) pada zaman kegemilangan lagu Isabella (di mana Isabella telah memanangi tempat pertama Anugerah Juara Lagu) di sebuah hospital yang terletak berhadapan dengan Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dan Singapura.
  3. pernah bersekolah di sebuah sekolah cina, SJK (C) Foon Yew 5 selama enam tahun. walaupun sudah lama tidak bertutur secara rasmi dalam bahasa Cina, tapi masih dapat memahami jika ada masyarakat Cina yang mengutuk (macam Nubhan!). yang paling kelakar masa sekolah menengah dulu, ada dua orang junior Cina yang saling dia-suruh-dia untuk tanya saya. haiz`~ nak tanya pun gaduh ke dik? tapi, takde la cakap ngn dorang macam tu. dan yang paling best, dapat tolong kawan. macam bangga gitu!. ahakz!!~
  4. anak ketiga yang mempunyai seorang abang yang dah jadi jurutera IT dekat Damansara Perdana kot, seorang kakak yang dah bergelar ustazah (cikgu pendidikan Islam) dkt Sabah, dan seorang adik yang sedang belajar menPsyko orang di UTM.
  5. masih menuntut di UM dalam bidang terjun. taktawu lah terjun apa. mungkin terjun sambil tido kot.
  6. seorang yang memang sangat suka tido dalam kelas. dari sekolah sampai lah sekarang! bayangkan dalam kelas tutorial pun boleh selamba berdengkur. kecik besar kecik besar je la kan tutor tu tengok. kerana suka tido dalam kelas jugak masa form6 dapat title 'sleeping beauty'. 'sleeping' tu dah betul dh. 'beauty' ke? heeee~
  7. mempunyai sedara mara yang sangat ramai daripada 3 negera serantau. negara apakah? Malaysia-Singapura-Indonesia lah.
  8. atuk sebelah abah berketurunan bugis yang berasal daripada Gelang Patah, Johor. nenek belah abah seorang Cina daripada Pulau Bekum, Singapura(pulau tu dah jadi tmpt minyak kot!) dan seorang mami yang berdarah Jawa yang berasal daripada kepulauan Riau, Indonesia. menarik tak? oh ye, walaupun nenek seorang Cina. tapi sejak lahir telah diserahkan kepada keluarga Jawa yang ada kat Singapura tu lah.
  9. sangat suka makan, makan, dan makan. keadaan saya yang sangat suka makan adalah disebabkan mami dan abah yang sangat menggalakkan saya untuk makan. pantang jek cakap, "dah lama tak makan...." terus carik kan. baik kan mami dan abah saya? ahahah.
  10. saya ada sepasang mata yang kecik, tak tawu la ada orang kata sepet, ada yang kata kecik. tapi saya rasa besar jek. 
  11. saya masih single and available. ahakz! mehmeh. isi borang!
  12. saya ada satu penyakit yang allergic pada lelaki. hahahah. takde la maksudnya, mulamula saya boley jek layan orang lelaki, tapi bila si lelaki nih bg hint macam nak couple jek. saya pun akan lari jauhjauh. even pada orang yang saya suka pun. sungguh perasan kan saya ini? tapi itulah saya. makanya saya pun taktahu sampai bila saya harus menyandang title single.
  13. seorang yang memakai jamtangan belah kanan. orang kata, orang yang kidal jek pakai belah kanan. tapi saya pakai sebab saya pernah suka dengan seseorang yang memakai jamtangan belah kanan masa form2. weeheehee. tapi sampai sekarang saya dah takley nak tukar sebab saya lagi selesa belah tangan kanan.
  14. saya suka baca komik Detective Conan. taktawu sejak bila jadi ketagih tapi yang penting saya baca sebab saya nak tawu sama ada si Conan nih dapat tak jumpa dengan Kumpulan Hitam, then tukar balik jadik Kudou Sinichi yang hensem. heheh.
  15. dulu, saya sangat minat dengan Aliff Aziz. saya mula ikut dye sejak dye dalam Anugerah lagi. tapi takley nak vote. tengok tb jek. seberang tambak yang memisahkan kami berdua. hukhukhuk. tapi sekarang takde la gila sangat. cuma akan jadi sangat seronok bila dengar lagu dye. jadi excited bila ada berita pasal dye. eh, tu bukan gila jugak ke? heee. yang penting saya pernha la jumpa dye sekali!
  16. saya juga sangat suka kumpulan KRU. bayangkan novel Cicakman yang tak berapa nak best tu pun saya beli. tiket wayang dye saya jadikan penanda buku. sampai dah lusuh tulisannya. tapi, tak sempat nak tengok Magika! sangat sedik wooo~ apa pun saya berazam untuk pastikan Hikayat Merong Mahawangsa tek terlepas. oh ye, saya ada beberapa koleksi vid KRU nih masa mudamuda, nak tengok?
  17. sudah mempunyai lesen menunggang sejak berusia 17 tahun 4 bulan 3 minggu. lesen memandu pula sebulan setelah SPM. dan sehingga sekarang sudah lebih dua tahun menyimpan lesen 'besar' yang akan expired pada tahun 2013. terima kasih kepada abah yang menaja lesen itu!
  18. mempunyai seorang abah yang sangat suka melancong membuatkan saya sudah menjelajah hampir keseluruh semenanjung Malaysia. setakat umur 12 tahun jek, cuma Kelantan dan Perlis jek tak pernah jejak lagi. sebab ekonomi abah terpasks di bajet kan untuk abang. 
  19. sangat cengeng! tapi takkan sesekali saya biarkan air mata saya meleleh depan orang. cukup pantang itu! tapi, kalau dah ada orang yang perasan, lagi cukup pantang bagi saya untuk orang itu tegur saya! kalau saya nangis, biarkan jek. takyah pujuk. takyah cakap pape. biarkan saya melayani perasaan seorang diri. eceh!
  20. juga seorang yang sangat pencemburu. segala benda saya akan cemburu. tapi, sama jugak macam nangis. saya akan sembunyikan perasaan itu.
  21. juga sangatsangat sensitif. saya mudah tersentuh. touching. dan segala bagai yang boley buatkan hati saya terobek. 
  22. sebenarnya, saya sangat tak suka belajar. saya tak suka nak semaksemak kan kepala dok baca buku, hafal lah segala bagai. dan saya bukanlah seorang pelajar cemerlang, tapi taktawu lah mcm mana masa form6 saya sentiasa di atas 3 sehingga tercampak ke dalam UM nih. dalam kelas pun selalu tido. isyh~
  23. saya lebih cenderung untuk belajar something yang praktikal. macam masa sekolah dulu pernah la jugak berangan nak bukak kedai kek. sebab saya suka buat kek. cuma bila dah start form6 saya dah mula malas. tapi tetap minat. kadangkadang saya boley sukasuka buat resipi sendiri dan selalu nya takkan menjadi pun! maka, mami pun akan membebel "membazir jek!"
  24. saya tak kisah untuk dengar apa sahaja genre muzik, lagu rap ke, lagu indie ke, lagu nasyid ke, lagu old skool ke, lagu yang hip hop ke, balada ke, jazz ke, even lagu klasik pun saya boley layan! yang penting halwa telinga saya nih rasa sedap jek mendengarnya.
  25. yeay! dah 25 pun! okay, last sekali saya bukan lah seorang yang suka berkongsi cerita melalui lisan. tanya kawankawan saya, saya jarang cerita pape nih. tapi menokok nambah dan menyampuk saya suka. huuu. blog nih adalah tempat saya curahkan segala emosi saya yang terpendam. 
okay! sekian dari saya yang baik!
phewwwww!!~ penat tu menaip nak jawab.
oh ye, saya tak tawu nak tag sape. biar je lah yek? 

1 comment: